Modul Program

Pendekatan yang digunakan adalah untuk menggerakkan potensi pelajar dari segi:-

Solat – Pembentukan jati diri
Akal – Ke tahap syukur terhadap nikmat Allah S.W.T.
Naluri – Mengurus naluri / nafsu ke arah kebaikan.
Anggota – Menyerlahkan potensi diri pelajar dari segi akhlak, disiplin serta
bersakhsiah mulia.

• Mendalami Tauhid & Feqah & Tasawuf
• Pengertian Solat , makna–makna ayat yang diterjemahkan didalam B. Malaysia , keadah Solat Wajib & Sunat , Jenazah & Air Sembahyang.
• Bimbingan Solat & Tertib , Latihan , Azan , Iqqamat & Makmum
• Sebutan & Hafazan bagi Surah – Surah Lazim & Doa Qunut
• Pembelajaran dan penekanan keadah adab seperti adab kepada guru,ibu bapa , makan dan sebagainya dan juga adab berdoa & Isgtifar
• Penerapan nilai murni Islam melalui kaedah amalan harian
• Penggunaan selawat, nasyid, qasidah dan alatan multimedia

Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dan ketahanan rohani dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian “MANA MILIK KITA, KERANA SEMUA YANG ADA, ADALAH MILIK ALLAH SWT ” bagi mencapai keredhaan Allah SWT. Peserta akan dilatih menguji ketahanan diri Rohani & Jasmani dimana diwajibkan mengikuti aktiviti Qiamulail pada setiap malam, amalan zikir, doa, selawat dan Tazkirah.
Peserta serta akan didik(berdikari atas kaki sendiri) untuk mengemas diri sendiri , pakian , tempat tinggal dan berdisplin supaya menjadi “REMAJA CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT”