Kem Bina Insan Cemerlang

Pengerusi Pertubuhan dan Merangkap Mudir Pondok iaitu Al Fahdil Ustaz Ebnu Ali Bin Mohd Ali dengan izin Allah SWT telah mengadakan kursus ini kepada anak – anak Ikhwan dan Akhwat   sahaja semenjak tahun 1990 semata – mata atas niat untuk membantu golongan ini.

Akan tetapi atas desakan orang ramai serta anak-anak murid dan keluarga mereka, Al Fahdil Ustaz akhir bersetuju untuk membukanya kepada orang ramai (orang awam) semenjak tahun 2009, pada mula program ini di jalankan di Madrasah AI-Hasanah di Pondok Padang Temu , Kg Padang Temu , Melaka

Semenjak tahun 2009 , selepas dibuka kepada orang luar didapati hampir sekitar 256 peserta telah mendaftar ke program ini dan kebanyakan peserta datang dari Negeri Selangor, W.Persektuan, Johor, Negeri Sembilan,Kedah,Pulau Pinang dan Singapura  tetapi anak tempatan iaitu Negeri Melaka adalah sekitar 30% sahaja .

Jumlah angka ini semakin menurun kepada 150 peserta dari tahun 2010 hingga 2013 akibat program cuti sekolah ini banyak dibuat di melaka oleh pihak tertentu serta mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak malahan kami juga mendapat juga peserta daripada negeri Kelantan ,Terengganu, Kedah , Pulau Pinang serta Sabah

Namun , pihak kami tetap menjalankannya hatta kami ada 30 peserta sekalipun , ini disebabkan minat untuk membantu golongan ini .

Kini , Pertubuhan ini maju kesetapak lagi dengan wujudnya pusat tapak pengajian yang baru di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani yang lebih dikenali sebagai Madarasah AR-Rabbaniyah , Lot 5561, KM 19 , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka iaitu jaraknya kira-kira 19 km (Batu Jalan)  dari pekan Muar (Menerusi Lebuhraya AMJ dari arah Melaka – Muar )

Pada tahun ini , tahun 2014 , kem KBIC 6 ini telah berjaya mendaftar  sekitar 330 peserta iaitu satu rekod tertinggi

Insyallah , bagi tahun 2015 , kami merasakan sekitar 300 pelajar yang akan mendaftar di program ini , namun hanya 195 pelajar sahaja yang hadir ke program ini.

Keterangan web pondok , anda boleh melawat di www.pmkt.com.my dan Facebook di PMKT