KBIC SIRI 8 Tahun 2016

Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi orang-orang yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita.

“Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat”

Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.

Modul program ini, insyallah diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat.

Panduan pemakaian, penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu’, tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA (Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dan kerohanian serta kepimpinan. Malahan para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI ”

daftar-sekarang

Tarikh : 27/11/2016 hingga 17/12/2016

2 thoughts on “KBIC SIRI 8 Tahun 2016

Leave a Comment