Info

Pada akhir tahun 2013, pihak pondok menganjurkan Kem Bina Insan Cemerlang siri ke 5, terdapat hampir 135 peserta kursus yang mendaftar dari Johor, Melaka, N. Sembilan, Selangor, W. Perseketuan, Pahang dan Perak terdiri daripada remaja Muslim & Muslimat yang berumur dari 7 tahun hingga 19 tahun. Kebanyakan mereka menghabiskan waktu di kem ini selama 1 bulan.

Namun , pada akhir tahun 2014, pihak pondok sekali lagi menganjurkan Kem Bina Insan Cemerlang siri ke 6, dimana terdapat hampir 320  peserta kursus yang mendaftar di satu tempat kawasan yang amat baru iaitu di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhammad Abdul Latif Muhammad Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Km 19, Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka 

Akan tetapi ,di minggu pertama sahaja disebabkan sedikit halangan maka terdapat seramai 300 peserta iaitu seramai hampir 80 pelajar perempuan dan seramai hampir 220 pelajar daripada lelaki. Peserta terdiri Negeri Johor, Melaka, N. Sembilan, Selangor, W. Perseketuan termasuk dari PutraJaya , Pahang,Perak,Kelantan dan terbaru dari Sabah dan Sarawak . Mereka ini terdiri daripada remaja Muslim & Muslimat yang berumur dari 6 tahun hingga 22 tahun. Kebanyakan mereka menghabiskan waktu di kem ini selama 1 bulan.

Bagi tahun 2015 yang lepas , terdapat sekitar 190 pelajar yang mendaftar dan menjalani kursus ini dimana terdapat peserta yang paling jauh adalah dari negeri Pulau Pinang.

Manakala bagi tahun 2016 , setelah hampir 3 tahun kami mengadakan kursus ini disini , Allahmdulliah kesemua tempat  tinggal bagi peserta muslim dan muslimat telah berjaya disiapkan berserta kemudahannya seperti tandas, tempat makan,tempat pembelajaran, perpustakan serta wakaf . Kami berkeyakian , insyallah akan lebih ramai peserta yang akan hadir untuk mengikuti kursus ini , insyallah.Amin.

 

Leave a Comment