Penganjur

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN MUR1D-MURID KITAB TURATH NEGERI MELAKA (PMKT). Pertubuhan ini beroperasi di Madrasah AI-Hasanah, No. 236-1, Km. 5, Kampung Padang Temu, 75050 Melaka semenjak tahun 2008 lagi.

Pertubuhan ini bertujuan mempertahankan dan memperjuangkan kitab-kitab ulama terdahulu sama ada dalam bahasa Arab, Jawi atau Rumi yakni ilmu-ilmu Al-Quran dan syariat Islam, Ini bermakna ahli pertubuhan akan diwariskan ilmu-ilmu ini melalui pembelajaran secara formal dan non-formal.

Pertubuhan ini juga adalah untuk melahirkan generasi-generasi yang berpendidikan tinggi serta berkebolehan dalam menguasai ilmu-ilmu Kitab Turath sama ada dalam bahasa Arab, Jawi atau Rumi serta mengembangkan dan memartabatkan pengamalan-pengamalan syariat Islam berdasarkan mazhab Al-Syafie yang menjadi pegangan dan tunggak amalan rasmi umat Islam Malaysia.

Kini , Pertubuhan ini maju kesetapak lagi dengan wujudnya pusat tapak pengajian yang baru (Kekal) di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhammad Abdul Latif Muhammad Saleh Al Farfour Al Hasani yang lebih dikenali sebagai Madrasah AR – Rabbaniyah , Lot 5561, KM 19 , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka.

Jaraknya kira-kira 19 km (Batu Jalan)  dari pekan Muar (Menerusi Lebuhraya AMJ dari arah Melaka – Muar ) , keterangan pondok boleh di lawat di

website pondok: www.pmkt.com.my dan email di: pondok@pmkt.com.my

 

 

Leave a Comment